Saturday, July 26, 2014

...

Ya Allah..
Sesungguhnya engkau tahu apa yg terbuku dlm hati ini..

Ya Allah..
Aku mohon keampunanMu kerana pernah terfikir untuk membuat dosa yang bakal membuat jasadku tidak diterima bumi..

Ya Allah..
Ampunkan aku kerana pernah terfikir untuk membuat dosa yg bakal menjadikan aku penghuni neraka buat selamanya..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku memohon petunjuk dariMu..

Ya Allah..
Jalankan aku dijalanMu..

Ya Allah..
Ampunkan aku kerana lebih mengikut nafsu..

Ya Allah..
Ampunkan aku kerana telah membuat dosa yang belum tentu Kau mahu ampuni..

Ya Allah..
Aku memohon petunjuk dariMu..

Ya Allah
Aku minta pertolongan dariMu..

Ya Allah..
Sesungguhnya Kau tahu apa yg terjadi pada hidupku..

Ya Allah..
Waraskan fikiranku dari fikiran yang memesongkan..

Ya Allah..
Aku buntu dalam mencari cahaya dalam kehidupan..

Ya Allah..
Aku hidup penuh kepuraan.. Sungguh aku pasti engkau tahu..

Ya Allah..
Aku tahu ia salah untuk aku bertanya tetapi mengapa mesti aku??

Ya Allah..
Aku pasti Engkau tahu apa impianku.. Mengapa aku perlu melihat ia musnah..

Ya Allah..
Perlukah aku melihat ranapnya masa depanku??

Ya Allah..
Jika tidak menjadi kesalahan untukku meminta sesuatu yg Engkau lebih tahu baik buruknya.. Aku pinta kau padamkan ia dari memoriku..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku sudah berputus asa dalam hidup ini..

Ya Allah..
Aku hilang punca dan arah tuju..

Ya Allah..
Aku tahu aku telah sesat.. Menyimpang jauh dari jalanmu..

Ya Allah..
Santapan nafsuku sekarang lebih berleluasa.. Pada siapa aku mahu salahkan??

Ya Allah..
Aku tidak pernah meminta tetapi itulah fitrah aku sebagai manusia.. Fitrah yg engkau kurnia pada manusia..

Ya Allah..
Mengapa aku yang perlu berdepan perkara ini??

Ya Allah..
Sungguh aku tidak kuat.. Tidak kuat menolak keinginan diri yang dahaga..

Ya Allah..
Jika kau tanya takut aku pada dosa.. Ampunkan aku kerana memandang remeh akan perihalnya..

Ya Allah..
Jika aku dalam kesesatan..
Ya Allah..
Jika aku dalam putus asa..
Ya Allah..
Jika aku dalam lunak enak nafsu dunia..
Ya Allah..
Jika aku dalam kebuntuan..
Ya Allah..
Jika aku dalam dosa..
Ya Allah..
Jika aku dalam lupa alpa..
Ya Allah..
Jika aku dalam kegelapan neraka..
Ya Allah..
Jika aku dalam keadaan mahu menghentikan nyawa..

Aku pohon Ya Allah..
Tunjukkan aku jalan.. Tunjukkan aku cahaya.. Tunjukkan aku neraka.. Tunjukkan aku syurga..

Ya Allah..
Sungguh aku munafik.. Beriman kepadamu tetapi keimanan ini palsu.. Mana pergi ikhlasku??

Ya Allah..
Syukur Kau menyimpan aibku..

Ya Allah.
Syukur Kau masih menjagaku.. Sungguhpun telah rosak iman dan kepercayaanku..

Ya Allah..
Nukilan ini untukMu..

Ya Allah..
Aku mohon takdir hidupku yang lebih baik Ya Allah..

Ya Allah..
Coretan ini untuk mereka mereka memberi semangat padaku untuk teruskan kehidupan..

Ya Allah..
Ampunkan aku kerana bertuhankan ibu dan bapaku yang aku jadikan punca untuk kekal hidup dalam derita jiwa sehingga hari ini..

Ya Allah..
Hidupkan kedua ibu bapaku lebih lama.. Ampunkan aku kerana meletakMu yg kedua.. Tapi hatiku berkata.. Kini aku hidup hanya kerana mereka..

Ya Allah..
Jujurku katakan.. Nyawaku kini di tangan mereka.. Hilang mereka.. Maka musnahlah aku menjadi penghuni neraka jahannamMu dek kerana warasnya akal telah tidak diguna.. Niat hati yg lama ku turutkan..

Ya Allah..
Ampunkan aku Ya Allah.. Ampunkan aku.. Ampunkan aku.. Ampun ya Allah.. Ampunn..

Ya Allah..
Perlihatkan luaranku yang bahagia agar aku tidak lantas tegar memutuskan jiwa dari iman..

Ya Allah..
Inilah nukilan hatiku yang telah tersimpan kian lamanya.. Hendak ku luah tiada yang ku percaya..

Ya Allah..
Permintaanku sekarang ini.. Jangan kau beranikan nafsuku.. Kerana sungguh Engkau tahu beraninya aku dengan dosaMu..

Ya Allah..
Terima kasih menjaga aibku.. Aku berharap ia terjaga hingga akhir akhiratku..

Ya Allah..
Sungguh sepatutnya aku luahkan hatiku pada tikar sejadahMu.. Pada kiblatMu..

Ya Allah..
Sungguh aku benar benar meminta pertolonganMu.. Jumpakan aku dengan 'syurga'Mu..

Ya Allah..
Aku berharap Ya Allah.. Aku berharap.. Aku berharap 'syurga'Mu..
Ampunkan aku..
Astaghfirullah hal ad'zim..


No comments: