Ku buka tirai jendela
Kedinginan pagi yg tenang
Aku tarik nafas dalam dalam
Menikmati setiap hembusan angin di wajah
Bagai ada satu perasaan
Tenang
Seperti hilang yg terbeban
Aku pejam mata
Masih menikmati dinginnya pagi ini
Seakan tak mahu berganjak
Walaupun selangkah
Tenang
Sebuah rasa yang dirindui
Yang paling sukar dimiliki

No comments:
Post a Comment