Powered By Blogger
Showing posts with label Story. Show all posts
Showing posts with label Story. Show all posts

Thursday, July 15, 2021

#4

 Flashback kisah Siti dan Isa sikit,

    Isa dan Siti berkenalan dari zaman universiti. Semasa mereka berdua sama2 menjadi ahli di sebuah kelab persatuan di universiti. Kerana masing2 selalu berjumpa semasa aktiviti persatuan, lama-lama semakin rapat dan masing-masing bersetuju untuk meneruskan hubungan ke arah yang lebih serius. Cumanya atas permintaan Siti, hubungan ini hanya dikekalkan sekadar berkawan. Walaupun di mata mereka mahupun kawan2 sekeliling mampu menilai keakraban mereka berdua yg tidak seperti kawan-kawan yang lain.

    Selepas graduasi Siti menyuarakan hajatnya pada Isa ingin melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat Master di bidang fesyen. Pada waktu ini, masa Siti semakin sibuk kerana dia memilih untuk berkerja sambil melanjutkan Master. Akibatnya, dia semakin kurang meluangkan masa dengan Isa. Pada waktu inilah Isa merasakan dirinya tersisih dan mula berkawan dengan perempuan lain. Tanpa pengetahuan Siti, Isa juga masih meneruskan persahabatan mereka berdua. Siti tidak pernah merasa curiga dengan Isa kerana dia selalu ada ketika Siti memerlukannya. Malah, sudah dari zaman universiti mereka berdua asyik sibuk dengan urusan masing-masing.

    Isa pernah menyuarakan hajatnya ingin meminang Siti sebelum dia melanjutkan masternya tetapi ditolak oleh Siti kerana katanya ingin fokus pada pelajaran dan bisnesnya. Siti berkeputusan untuk membuka sebuah butik kecil kecilan sebagai kerjaya sambil melanjutkan masternya. Dia beritahu pada Isa untuk menunggu sehingga masternya habis dalam masa setahun setengah. 

    Isa hanya menurut sahaja permintaan Siti. Tetapi Siti tidak menyangka kesibukannya memberikan peluang pada Isa untuk meluangkan masa bersama perempuan lain. Lebih lagi sehingga hubungan mereka menjadi serius. Tanpa pengetahuan Siti juga, Isa telah bertunang dengan gadis pilihannya. 

    Semuanya terbongkar apabila Siti terlihat gambar pertunangan Isa dengan gadis pilihannya di sosial media. Siti terkejut dan tidak menyangka dia akan dikhianati setelah bertahun setia. Bukan sekejap, hampir lima tahun mereka menjalin perasaan. Siti tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai pertunangan itu kerana dia fikir hubungannya dan Isa baik-baik sahaja. 

    Sejak dari berita itu Siti cuba menjauhkan diri dari Isa. Siti juga pernah meminta penjelasan dari Isa tentang kisah pertunangan tersebut. Ternyata gadis itu yang ingin mereka ditunangkan. Isa tidak mampu untuk menolak kerana telah terlanjur menabur janji. Dan hakikat Isa juga ada menaruh perasaan pada gadis tersebut.

    Ketika empat bulan yang lalu selepas hari pertunangan Isa.

       Tingg!!
Terdapat notifikasi di smartphone Isa dari Siti. Isa membukanya tanpa rasa curiga kerana dia masih belum tahu tentang gambar pertunangannya yang dimuat naik di sosial media gadis tersebut.

    Kelihatan ada satu imej yang perlu dimuat turun dan Isa menekan butang 'download'. Alangkah terkejut Isa melihat gambar tersebut, jelas dia berdiri sambil tersenyum di sebelah tunangannya. Lebih mengejutkan lagi apabila gambar tersebut dihantar oleh Siti.

    Isa menantikan mesej seterusnya daripada Siti tetapi tiada. Siti tidak mampu menyusun kata betapa terkejut dan kecewanya dia saat dia melihat gambar itu. Dia hanya mampu menghantar gambar tersebut pada Isa hanya untuk memaklumkan Isa bahawa rahsianya sudah terbongkar.

    Isa masih terkejut dan gabra. Bagaimana Siti mengetahui mengenai pertunangannya sedangkan dia tidak memaklumkan pada sesiapa pun. Hanya keluarga Isa dan tunangnya sahaja yang mengetahui mengenai pertunangan itu. Isa terus menghubungi Siti beberapa kali tetapi tidak dijawab. Panik kerana Siti terus mendiamkan diri selepas ditelefon dan dimesej. Isa bersiap untuk ke rumah sewa Siti.

    Setibanya di hadapan rumah Siti, masih terdapat motor dan kereta di laman rumah bermakna Siti memang berada di dalam rumah. Isa cuba menelefon Siti beberapa kali tetapi tidak dijawab. Siti membaca semua mesej-mesej Isa dan dia juga mengetahui Isa akan datang ke rumahnya kerana telah diberitahu di dalam mesejnya. Tetapi Siti tak kuat untuk berdepan dengan Isa sekarang. Hatinya remuk hancur selepas melihat gambar pertunangan Isa. Sampainya hati Isa menduakan perasaan dan khianat rasa yg mereka semai sekian lama. Hanya pinta sedikit kesabaran dan diberikan peluang untuk Siti melebarkan sayap mencapai cita-cita.

    Isa memberikan salam tetapi tidak disahut. Kerana risau dipandang serong oleh jiran-jiran Siti kerana dari tadi salamnya tidak berjawab dan mungkin menganggu ketenteraman jiran-jiran, Isa masuk semula ke dalam kereta. Perit juga rasa tekaknya kerana terpaksa meninggi suara memanggil Siti tadi.

    Dia bersandar di tempat duduk pemandu. Lalu dia teringat tentang Instagram tunangnya. Lekas-lekas dia mencari aplikasi Instagram dia skrin smartphonenya dah mengetik pada ikon.

    Dia pergi pada ruangan 'Search' dan memasukkan username tunangnya. Terpapar profil tunangnya dan kelihatan gambar pertunangan mereka berdua. Maka tahulah Isa mana Siti mendapat gambar tersebut. Akaun yang diletakkan pada mode public jadi memang semua pengguna boleh akses ke profil tunangnya. Isa bingung memikirkan apa yang perlu dilakukan sekarang.

    Siti masih menangis di dalam biliknya. Kecewa dicurangi dan dikhianat. Isa membuatnya merasa begitu kekurangan. Kenapa perlu di teruskan hubungan mereka andai sudah ada yang lain menjadi suri di hati Isa. Kenapa Isa tidak memutuskannya terlebih dahulu sebelum semua ni terjadi. Bertahun menyemai kasih seolah sia-sia dan mainan. Ini balasan atas keikhlasan Siti berjanji setia.

    Pada keesokan hari Siti bangun bersiap dan bergegas menuju ke butiknya. Butiknya beroperasi pada pukul 10.00 pagi tetapi pukul 7.00 pagi Siti telah tiba. Sengaja dia tiba awal menguruskan jadual temu janji dengan pelanggan dan meninggalkan sedikit pesanan kerja pada staf. Siti telah mengambil keputusan untuk bercuti sebentar bagi menenangkan fikirannya.

    Setelah beberapa jam, Siti telah selesai menelefon pelanggannya bagi penjadualan semula bagi yang bersetuju manakala yang tidak bersetuju akan berurusan terus dengan stafnya. Siti meninggalkan pesan buat staf-stafnya sepanjang ketiadaannya sepanjang seminggu ini. Stafnya tidak berani untuk bertanya lebih kerana dilihat emosi bosnya seperti sedang bersedih, dengan matanya yang bengkak. Kesemua staf cuma mendiamkan diri sepanjang keberadaan Siti dan cuma berandaian sendiri. Kerana Siti dikenali sebagai bos yang peramah dan ceria. Jarang sekali datang ke tempat kerja dengan wajah yang suram dan sedih. Ini pertama kali mereka melihat Siti begitu rupa. 

    "Mia, saya dah nak gerak ni. Minta tolong awak uruskan butik sementara waktu seminggu ni."
    
    "Baik kak." balas Mia pendek, bertentang mata lebih dekat dengan bosnya itu dia melihat lebih jelas kesedihan di raut wajah bosnya. Ingin sekali dia bertanya tetapi telah dipesan awal-awal tadi supaya tidak bertanya lebih. Kak Siti akan ceritakan bila sudah bersedia. 

    "Nanti pesan juga pada yang Ija dan Aina, apa-apa urusan rujuk pada awak dulu. Yang penting-penting boleh mesej sahaja pada saya sepanjang seminggu ni." Mia adalah staf yang Siti paling percaya kebolehannya untuk menguruskan butiknya sementara waktu. Walaupun belum cukup setahun butiknya beroperasi tetapi perniagaannya sentiasa mendapat sambutan. Walaupun berskala kecil tetapi stafnya yang bertiga itu mencukupi untuk membantunya sepanjang menguruskan butiknya yang juga sebenarnya adalah usaha bersama sahabat karib Siti, Syiqa.

    "Nanti kalau Syiqa datang, awak bagitahu dia supaya tunggu saya hubungi dia. Saya belum maklumkan lagi pada dia yang saya akan bercuti seminggu ni. Terima kasih Mia, saya pergi dulu." Belum sempat Siti menolak pintu keluar, Mia bertanya.

    "Kak Siti!" dia sedikit menjerit kerana kami sedang berjauhan sebenarnya. Siti sudah di depan pintu manakala Mia masih di kaunter.

    "Kalau Cik Isa datang, saya nak cakap apa?" Seperti mampu menduga kesedihan bosnya yang sudah dianggap seperti kakak sendiri, dia bertanya kerana Isa juga kerap meluangkan masa di butik Siti di waktu lapangnya. Kadang kala mereka akan makan tengah hari bersama-sama di butik kerana kesibukan Siti tidak punya masa untuk keluar makan.

    "Awak jangan beritahu dia yang saya tiada. Jawab sahaja tidak tahu. Pesan pada yang lain." Siti terus keluar menuju ke keretanya.

    Sementara itu Isa sedang menuju ke butik Siti. Nasib baik Siti telah keluar lebih awal. Isa bergegas ke butik kerana dia telah ke rumah sewa Siti dan melihat keretanya tiada. Tetapi terlambat apabila dia tiba di butik tiada kelibat kereta mahupun Siti. Namun dia tetap ingin mencari Siti di situ, dia mengagak mungkin Siti belum sampai lagi ke butik.

    Siti dalam perjalanan menuju ke utara, niatnya ingin mencari tempat peranginan yang mampu memberikan ketenangan buatnya sementara waktu ini. Percutian ini tidak dirancang, Siti hanya tawakkal sahaja tanpa membuat apa-apa tempahan terlebih dahulu. Fikirannya sungguh serabut dan dia tidak mampu berfikir dengan baik.

    Setelah hampir berjam memandu, di tengah-tengah perjalanan dia menukar hala tujunya menuju ke pantai timur. Dengan tenang dia mengubah haluan dan memasuki lebuh raya LPT bagi menuju ke destinasi pilihannya.

    Isa pula sebaik sahaja sampai terus turun dari kereta dan menuju ke dalam butik meskipun dia tidak tahu sama ada Siti telah berada di sini atau pun tidak kerana tidak kelihatan kenderaan milik Siti di parkir butik. 

    "Assalamualaikum." Sapa Isa pada satf-staf di dalam butik. Semua staf Siti berpandangan sesama mereka kerana mengingat pesan Kak Siti sebelum dia keluar tadi.

    "Waalaikumsalam." Mereka bertiga menjawab serentak. Ija yang lebih dekat dengan Isa pada waktu itu bertanya padanya.

    "Ya, Cik Isa ada apa?"

    "Saya cuma nak tanya Siti tak masuk butik ke harini?" Tanya Isa pada Ija kerana sekarang sedang cuti semester selalunya Siti memang akan berada di butik sepanjang hari jika tiada kelas.

    "Saya tak pastilah Cik Isa. Kak Siti belum masuk lagi dari tadi. Dia pun tiada maklumkan apa-apa pada kami. Cik Isa tak cuba telefon Kak Siti dulu ke?" Ija membuah bicara.

    "Hmm. Tak apalah kalau macam tu. Nanti kalau Siti dah masuk butik boleh maklumkan pada saya ya. Saya pergi dululah."
    
    "Baiklah Cik Isa, kalau kami ingat nanti kami beritahu." Ija mewakilkan jawapan semua.

    Waktupun sudah masuk tengah hari, semua staf-staf Butik Melur sedang makan tengahari. Kebiasaan jika tiada temu janji pada waktu lunch hour mereka memang akan rehat bersama-sama. Tetapi jika ada temu janji pada waktu itu, salah seorang daripada mereka perlu bertugas.

    "Eh, semua ada kat sini. Siti ada di butik ke?" Tegur Syiqa yang ingin membungkus makanan di cafe berdekatan butik dan makan bersama Siti di butik. Kebetulan terserempak dengan staf-staf butik.

    "Kak Siti belum call Kak Syiqa lagi ke?" Tanya Mia yang tadi sedang makan.

    Syiqa membuat muka hairan.
    "Takda pula dia call. Dari pagi tadi senyap aje."

   
    "Kak Siti datang awal-awal pagi harini. Dia tunda semua appointment dia untuk seminggu ni lepas tu dia kata dia akan cuti seminggu. Dia tak bagitahu pula kenapa tapi dia ada pesan kalau Kak Syiqa cari dia, dia suruh tunggu sampai dia call." 

    "Eh, semalam kami keluar tengok dia okay je. Kenapa tiba-tiba nak cuti mengejut mcm ni? Dia ada bagitahu nak kemana?"

    "Hm. Masa dia datang tadi kami tengok mata dia bengkak merah. Kami agak mungkin dia bergaduh la kot dengan Cik Isa. Kebetulan Cik Isa datang tadi cari Kak Siti tapi Kak Siti dah pesan jangan beritahu apa-apa pada Cik Isa. Jadi kami jawab tak tahu je la tadi. Tambah pula Kak Siti memang tak ada beritahu dia nak kemana." Jawab Mia.

    "Haih. Kenapa pula la dengan Siti ni. Tiba-tiba aje ni. Ada apa-apa jadi ke lepas kitorang keluar semalam. Tak apalah, korang makanlah. Kak Syiqa nak tapau makan dan masuk ofis balik. Ini kena bagitahu dengan Abang Sufi." 

    Siti dan Syiqa memang berkawan rapat sejak dari zaman universiti sehingga sekarang. Syiqa juga merupakan share partner dalam bisnes butik mereka. Memang atas persetujuan mereka berdua untuk menjadikan Syiqa sebagai share partner kerana Syiqa juga bekerja sebagai setiausaha suaminya Sufi di syarikat suaminya sendiri. Tambahan, pada awal pembukaan butik itu Siti cuma memerlukan sedikit pelabur demi kelangsungan bisnesnya kerana modalnya tidak berapa banyak. Tambahan lagi dia juga dapat mengelakkan pinjaman bank. Setiap bulan Syiqa akan mendapat peratus tertentu dari jumlah keuntungan setiap bulan. Tetapi tidaklah Syiqa menjadi rakan bisnes yang tidur sahaja, setiap bulan segala audit dan urusan perakaunan akan diserahkan pada dia. Jadi Siti sudah tidak perlu mengupah akauntan.



Friday, February 12, 2021

#3

 Harini last day kursus akan tamat awal sikit. pukul 4.00 petang majlis penutupan dan lepas tu dah boleh balik. Aku x bgtahu Isa yg majlis akan tamat awal harini sebab memang nak mengelak dari jumpa dengan dia.

    Seusai majlis, kami berkumpul ramai-ramai untuk majlis bergambar. 

"Bell, I nak minta tolong hantar I kt KL Sentral kejap lagi boleh?" aku bertanya.

"Eh, balik ni I mmg nak singgah Shah Alam. I hantarlah sampai Shah Alam." Bell.

"Em, boleh jugalah mcm tu, thanks Bell."

Kami semua telah selesai dgn sesi majlis penutupan dan masing2 sudah ke lobi hotel untuk menuju ke tempat parking kereta masing-masing.

"Bell, I tunggu kat bawah ya." kata aku apabila melihat Nabil masih seronok menyembang dengan rakan-rakan lain. Aku dah penat, tak larat dah nak sembang. Roh aku dah sampai rumah sewa dah ni. Badan je yang x sampai-sampai lagi.

Dari jauh aku terlihat satu susuk tubuh yg agak familiar. Berderau darah aku, baru nak mengelak dia dah menoleh ke arah aku. Macam mana dia boleh ada seawal ni kat sini. Macam mana juga dia tahu harini kursus habis awal. Cepat pula dia sampai.

"Siti." Panggil Isa sambil melambai tangan pada aku.

Dengan teragak-agak aku menuju ke arah Isa. 

"Awalnya sampai?" tanya aku.

"Saya ada site kat area sini tadi. Kebetulan setel awal, tu yang saya terus tunggu kat sini je."

"Kenapa x tunggu dalam kereta je?"

"Saya risau awak x perasan pula kalau saya tunggu dalam kereta. Lagipun, saya call awak x angkat, whatsapp x reply. Nanti tahu-tahu je awak dah balik."

"Tadi tengah borak dengan kawan-kawan, fon silent pula, tu yg x perasan."

Bell menegur aku dari belakang, 
"Siti, jom. I nak gerak dah ni. Ke dah ada orang lain nak hantarkan?" Bell senyum senyum sinis pada aku.


"Hahaha, apa you senyumkan tu Bell. Ni kawan I je la. Sory, I balik ngan dia. You balik dululah."

"Ala, kalau boifren apa salahnya. Helokkk." kata Bell sambil berlalu pergi.

Aku dan Isa juga sudah menuju ke arah kereta. 

"Kenapa awak cakap kita kawan je?" Kata Isa sebaik sahaja kami selesai memakai tali pinggang keledar dan enjin kereta dihidupkan.

"Memang selama ni pun kita berkawan je, pernah ke kita declare apa-apa?"

"Jadi bagi awak selama bertahun-tahun kita kenal ni, saya bukan siapa-siapa lah bagi awak?"


"Saya atau awak yang anggap selama ni kita ni apa. Awak jangan lupa status awak sekarang ni apa? Sekarang ni awak nak hantar saya balik atau nak saya turun?"
 
Isa terdiam dan terus keluar dari parking. Sepanjang perjalanan kami berdua hanya berdiam diri. Hilang mood dah aku nak berborak. Sakit hati dua kali. Pertama, x suka dia tiba-tiba muncul jemput aku, kedua, boleh pula salahkan aku sebab cakap kami kawan je.

"Kita pergi makan dulu sebelum balik."

"Takpelah, saya penat. Saya nak balik terus."

"Kita makan dululah. Sempat lagi ni."

"Sukahatilah."

Aku dah malas nak berbalah. Nanti-nanti dia ikut keputusan dia juga. Jadi ikutkan ajelah.

Pukul 8.30 malam baru aku sampai ke rumah sewa. Harini jalan agak jem dan kedai makan juga ramai orang. Perasaan aku sekarang ni memang nak sangat masuk dalam rumah tu, mandi dan berbaring-baring atas katil empuk aku.

"Thanks Isa, saya masuk dulu ya."

"Eh kejap Siti. Saya nak tanya awak sikit boleh?"

"Sekarang ke?"

"Yela, sekaranglah."

"Hmm. Nak tanya apa?"

"Siapa saya dalam hidup awak?"

"Kenapa tanya soalan macam ni? Awak kawan sayalah. Yang selalu ada, yang selalu tolong saya."

"Kawan je? Selepas apa yang saya buat untuk awak, saya ni cuma sekadar kawan awak je?"

"Awak ni kenapa? Awak nak apa sebenarnya. Awak lupa ke awak tu siapa sebenarnya?"

"Ye saya tahu. Tapi takkanlah saya ni xpernah ada tempat dalam hati awak?"

"Isa, macam ni. Bertahun-tahun kita kenal. Kesana sini, susah senang sama-sama. Tipu kalau awak tu x special dalam hidup saya. Tapi sekarang tu semuanya dah xde makna. Awak dah x boleh jadi milik saya. Itu keputusan awak tau Isa, bukan saya. Saya memang selalu ada je kat sini. Saya tahu memang saya yang decide xnak ada apa-apa ikatan. Tapi x bermakna saya nak mainkan perasaan awak. Saya cuma sibuk dengan kerja dan study saya. Tapi sekarang, bila awak dah buat keputusan. Jangan tanya soalan-soalan macam ni lagi pada saya."

"Tapi saya rindukan awak yang dulu. Yang tak dingin dengan saya."

"Isa, keadaan sekarang dah x macam dulu. Awak yang khianat perasaan kita berdua. Awak sendiri yang buat keputusan. Dan awak tak pilih saya, bagitahu saya macam mana saya nk buat kita macam dulu. Bila awak sendiri decide dan pilih untuk terus jadi kawan je dengan saya. Ya, saya setuju. Sebab saya juga perlukan masa untuk diri saya terima kenyataan ni. Tapi bila saya dah mula terima kenyataan, saya tengok awak yang semakin susah nak lepaskan saya."

"Saya x boleh terima bila awak semakin nak menjauhkan diri dari saya."

"Isa, apa yang saya buat ni logik tau Isa. Yang x logik tu awak. Awak tu tunang orang tapi awak masih buat saya ni macam someone special. Tolonglah Isa, saya harap kursus ni adalah benda terakhir yang awak buat untuk saya. Lepas ni tolonglah jangan buat apa-apa lagi dah untuk saya. Awak tunang orang Isa. Sepatutnya bukan saya yang jadi keutamaan awak. Tetapkan hati awak tu, tepuk dada tanya hati, siapa sebenarnya yang bertakhta dalam tu. Jangan terus macam ni. Kalau tunang awak tahu, mesti dia terluka."

"Tapi Siti, saya masih nak kita berkawan macam dulu. Dulu pun kita berkawan juga tapi awak x layan saya teruk macam sekarang ni. Saya masih perlukan awak dan nak awak terus jadi kawan saya."

"Ya Allah, Isa. Saya penat tahu. Dulu dengan sekarang x sama. Sekarang awak tunang orang. Tolonglah Isa, saya penat. Penat nak jelaskan pada awak siapa kita dulu dan sekarang ni. Saya nak masuk dulu."

Aku terus buka pintu kereta tapi tangan aku ditarik Isa dari dalam kereta.

"Isa, tolong faham. Saya penat dan awak patut balik atau reply whatsapp tunang awak. Dari tadi notification x berhenti bunyi."

Dengan terpaksa dia melepaskan tangan aku.
Memang jelas noti dari tunang dia kelihatan sebab fonnya di letak pada dashboard bahagian bawah radio. Sekejap-sekejap memang aku akan menjeling ke handphone dia tiap kali noti whatsapp berbunyi. jelas terpampang "Tunang <3". Sakitnya hati tak terkata tapi sedar diri aku ni siapa pada dia sekarang. Aku hanya mampu diamkan diri sahaja.

Aku terus masuk ke rumah sewa tanpa menoleh kebelakang. Aku dah nekad, kami perlu putuskan persahabatan ini sebab hubungan kami walaupun tiada apa-apa ikatan hakikatnya kami amat mesra ibarat sepasang kekasih. Mana mungkin aku mampu teruskan persabahatan yang seperti ini sedangkan dia dah jadi tunang orang. Tak tergamak lagi untuk jadi perampas walau pada hakikatnya aku yang terlebih dahulu mengenali dia. 

Perasaan lega jelas terasa apabila dapat berbaring atas katil setelah seharian berada di luar. Termenung aku seketika mengenangkan sikap Isa. Sudah 4 bulan dia bertunang. Dan kami juga telah sepakat sebenarnya untuk terus berkawan. Silap aku sebenarnya sebab setuju untuk meneruskan persahabatan ni. Kerana terlalu mengikutkan hati yang konon perlukan masa untuk terima yang Isa takkan jadi milik aku. Tapi akhirnya semuanya hanya memakan diri bila Isa dilihat semakin sukar melepaskan aku. Masih mahu kami berkawan macam dulu. Itu adalah mustahil sekali, hakikat hubungan kami sebelum ini bahkan lebih mesra dari sekadar kawan. Dalam sedang melayan perasaan akhirnya aku tertidur sendiri, dengan lampu bilik yang masih terbuka.




Wednesday, February 10, 2021

##2

 Monday blues walaupun hari ini hari rabu. 


"Next station kl sentral, interchange to lrt, mrt, rapid kl and klia express."


Suara dari operator ktm. Ini menunjukkan aku hampir sampai ke destinasi. Hari ini aku ada kursus bersama pereka fesyen MARA. Kursus berbayar, ya tiada benda percuma dalam dunia ini. Yang percuma hanyalah berangan. Beranganlah dari pagi ni sampai besok pagi. PERCUMA!! 


Pintu ktm dibuka. Aku melangkah keluar, alhamdulillah malaysia sangat aman. Penumpang yang ingin menaiki ktm tidak berpusu pusu masuk sehingga kami yang di dalam selesai keluar. Mereka berbaris dengan baik di belakang garisan kuning. 



"Siti, you ada dengar tak cerita pasal artis bbnu kena viral tu? I dengar ramai designer dah banned dia dari di sponsor. Itulah, artis baru dah kekwat. Dapat baju sponsor tak nak pulangkan semula bila designer minta."


Ahh. Mula dah Thia ni nak membawang. Malasnya nak dengar. Mahu atau tidak, kena layan lah juga sebab dah duduk semeja kan.


"Oh, ya ka. Biasalah. Bukan ramai ke pelakon macam tu?"

"Ha, memang ramai pun. Designer pun dah masak sangat dengan perangai diorang tu. Eh, semalam ada sorang artis ni dm i kt ig. Dia nak minta sponsor untuk karakter dia dalam filem. I tak bagi kata putus lagi."

"You fikirlah dulu baik baik Thia. Nak sponsor bukan sehelai dua. Tapi i rasa you takda masalah pun. You ada butik ready made ByThia and custom made order you tu. You kena verify la dgn pelakon tu jenis pakaian macam mana yang dia perlukan."

"Okay, i think i need to tanya dengan Hajar la sebab dia selalu bagi sponsor baju pada artis."

"Haa, elok lah tu."


Balas pendek. Ya, aku memang tak minat membawang lagi lagi tentang dunia hiburan. Kami meneruskan lunch break kami dengan topik topik lain selain dari tajuk kursus. Cerita Thia tadi, lepas tu Shila cerita pasal anak dia pula, hampir2 tak jadi dtg kursus sebab anak tiada orang jaga, pengasuh cuti pula. Nasib ada adik dia nak tolong jaga. Bell atau nama sebenar Nabil, haa just what you guys expected. She is he. Hahah. Kisah customer datang boutique request design itu ini tapi nak minta diskaun. Malangnya customer tu kena lahar dengan mulut laser si Bell ni. Tapi tetap proceed tempahan sebab yela Bell ni hasil kerja dia memang memuaskan hati. Yang pertama kali datang pasti datang lagi. Yang datang lagi tak akan lari walau mahal mana pun harga dia. 


Lunch break is over. Kami sambung kursus. Basically kursus ni kursus sharing knowledge. Aku sebenarnya tak nak terlibat tapi ada orang dah bayarkan untuk seat aku dalam kursus ni, takkan nak bazirkan pula. Dah la kursus dua hari rm1500. Gila kau. Tapi sebenarnya tak rugi, banyak ilmu aku dah dapat walaupun baru separuh hari. Ilmu pattern baju Dato Rizalman, macam mana nk buat baju tak ada dart. Ala, yang viral sangat haritu. Ada antara peserta ni dah mahir jadi mereka kongsi lah cara caranya. Ada antara peserta aku dah kenal sebab kami memang selalu ada join program bersama. Ala, biasalah dalam industri yang sama, pusing pusing orang tu balik.


6 petang kursus habis. Sambung esok pula. Aku balik naik ktm lagi. Tengah nak order grab nak ke ktm, ada orang call. Tengok nama pada skrin, berat hati nak angkat. Aku slide skrin telefon ke kanan.


"Siti, awak dah habis kursus kan. Saya ada area tempat awak kursus ni. Dah habis kerja, nak saya hantarkan awak balik? Boleh pergi makan sekali."

"Eh tak apa lah. Saya dah naik ktm ni. Tadi ada kawan tumpangkan, dia drop kat kl sentral." Tipu sunat. Hahah

"Ala, cepatnya awak balik. Saya whatsapp awak dari tengahari tadi, awak bagi bluetick je kat saya. Kan saya dah bagitahu saya nak hantarkan awak balik."

"Sory, read tapi lupa nak reply." Alasan. Padahal memang aku tak nak reply. 

"Okaylah Isa, saya kt dlm ktm ni. Tak selesa nak bercakap, ramai sangat orang. Bye." Aku terus off call. Serba salah tapi lega sebab tak perlu gunakan pertolongan dia. Walaupun penat naik public transport. Tak apa, aku rela. Okay, sambung balik order grab. 

##1

Cerita ni dah ada lama dah, cuma x sambung2 sebab macam xde idea. Sambungan pun dah ada, tp kt fb pula. Nk kne on fb semula yg malas ni. nak tulis semula nnt jalan cerita jadi lain pula, xpelah. moh kita on fb sat. Tajuk pun xdan fikir. Masalah menulis ni sbnrnya tajuk. Kena ada tajuk supaya penulisan x kucar kacir. Tajuk juga yg jadi guideline masa nak hasilkan idea penulisan. Tp tu lah tu, yg paling penting yg xde. Xpelah, sementara tu layan dulu yang ni. huhuu