Powered By Blogger

Friday, February 12, 2021

#3

 Harini last day kursus akan tamat awal sikit. pukul 4.00 petang majlis penutupan dan lepas tu dah boleh balik. Aku x bgtahu Isa yg majlis akan tamat awal harini sebab memang nak mengelak dari jumpa dengan dia.

    Seusai majlis, kami berkumpul ramai-ramai untuk majlis bergambar. 

"Bell, I nak minta tolong hantar I kt KL Sentral kejap lagi boleh?" aku bertanya.

"Eh, balik ni I mmg nak singgah Shah Alam. I hantarlah sampai Shah Alam." Bell.

"Em, boleh jugalah mcm tu, thanks Bell."

Kami semua telah selesai dgn sesi majlis penutupan dan masing2 sudah ke lobi hotel untuk menuju ke tempat parking kereta masing-masing.

"Bell, I tunggu kat bawah ya." kata aku apabila melihat Nabil masih seronok menyembang dengan rakan-rakan lain. Aku dah penat, tak larat dah nak sembang. Roh aku dah sampai rumah sewa dah ni. Badan je yang x sampai-sampai lagi.

Dari jauh aku terlihat satu susuk tubuh yg agak familiar. Berderau darah aku, baru nak mengelak dia dah menoleh ke arah aku. Macam mana dia boleh ada seawal ni kat sini. Macam mana juga dia tahu harini kursus habis awal. Cepat pula dia sampai.

"Siti." Panggil Isa sambil melambai tangan pada aku.

Dengan teragak-agak aku menuju ke arah Isa. 

"Awalnya sampai?" tanya aku.

"Saya ada site kat area sini tadi. Kebetulan setel awal, tu yang saya terus tunggu kat sini je."

"Kenapa x tunggu dalam kereta je?"

"Saya risau awak x perasan pula kalau saya tunggu dalam kereta. Lagipun, saya call awak x angkat, whatsapp x reply. Nanti tahu-tahu je awak dah balik."

"Tadi tengah borak dengan kawan-kawan, fon silent pula, tu yg x perasan."

Bell menegur aku dari belakang, 
"Siti, jom. I nak gerak dah ni. Ke dah ada orang lain nak hantarkan?" Bell senyum senyum sinis pada aku.


"Hahaha, apa you senyumkan tu Bell. Ni kawan I je la. Sory, I balik ngan dia. You balik dululah."

"Ala, kalau boifren apa salahnya. Helokkk." kata Bell sambil berlalu pergi.

Aku dan Isa juga sudah menuju ke arah kereta. 

"Kenapa awak cakap kita kawan je?" Kata Isa sebaik sahaja kami selesai memakai tali pinggang keledar dan enjin kereta dihidupkan.

"Memang selama ni pun kita berkawan je, pernah ke kita declare apa-apa?"

"Jadi bagi awak selama bertahun-tahun kita kenal ni, saya bukan siapa-siapa lah bagi awak?"


"Saya atau awak yang anggap selama ni kita ni apa. Awak jangan lupa status awak sekarang ni apa? Sekarang ni awak nak hantar saya balik atau nak saya turun?"
 
Isa terdiam dan terus keluar dari parking. Sepanjang perjalanan kami berdua hanya berdiam diri. Hilang mood dah aku nak berborak. Sakit hati dua kali. Pertama, x suka dia tiba-tiba muncul jemput aku, kedua, boleh pula salahkan aku sebab cakap kami kawan je.

"Kita pergi makan dulu sebelum balik."

"Takpelah, saya penat. Saya nak balik terus."

"Kita makan dululah. Sempat lagi ni."

"Sukahatilah."

Aku dah malas nak berbalah. Nanti-nanti dia ikut keputusan dia juga. Jadi ikutkan ajelah.

Pukul 8.30 malam baru aku sampai ke rumah sewa. Harini jalan agak jem dan kedai makan juga ramai orang. Perasaan aku sekarang ni memang nak sangat masuk dalam rumah tu, mandi dan berbaring-baring atas katil empuk aku.

"Thanks Isa, saya masuk dulu ya."

"Eh kejap Siti. Saya nak tanya awak sikit boleh?"

"Sekarang ke?"

"Yela, sekaranglah."

"Hmm. Nak tanya apa?"

"Siapa saya dalam hidup awak?"

"Kenapa tanya soalan macam ni? Awak kawan sayalah. Yang selalu ada, yang selalu tolong saya."

"Kawan je? Selepas apa yang saya buat untuk awak, saya ni cuma sekadar kawan awak je?"

"Awak ni kenapa? Awak nak apa sebenarnya. Awak lupa ke awak tu siapa sebenarnya?"

"Ye saya tahu. Tapi takkanlah saya ni xpernah ada tempat dalam hati awak?"

"Isa, macam ni. Bertahun-tahun kita kenal. Kesana sini, susah senang sama-sama. Tipu kalau awak tu x special dalam hidup saya. Tapi sekarang tu semuanya dah xde makna. Awak dah x boleh jadi milik saya. Itu keputusan awak tau Isa, bukan saya. Saya memang selalu ada je kat sini. Saya tahu memang saya yang decide xnak ada apa-apa ikatan. Tapi x bermakna saya nak mainkan perasaan awak. Saya cuma sibuk dengan kerja dan study saya. Tapi sekarang, bila awak dah buat keputusan. Jangan tanya soalan-soalan macam ni lagi pada saya."

"Tapi saya rindukan awak yang dulu. Yang tak dingin dengan saya."

"Isa, keadaan sekarang dah x macam dulu. Awak yang khianat perasaan kita berdua. Awak sendiri yang buat keputusan. Dan awak tak pilih saya, bagitahu saya macam mana saya nk buat kita macam dulu. Bila awak sendiri decide dan pilih untuk terus jadi kawan je dengan saya. Ya, saya setuju. Sebab saya juga perlukan masa untuk diri saya terima kenyataan ni. Tapi bila saya dah mula terima kenyataan, saya tengok awak yang semakin susah nak lepaskan saya."

"Saya x boleh terima bila awak semakin nak menjauhkan diri dari saya."

"Isa, apa yang saya buat ni logik tau Isa. Yang x logik tu awak. Awak tu tunang orang tapi awak masih buat saya ni macam someone special. Tolonglah Isa, saya harap kursus ni adalah benda terakhir yang awak buat untuk saya. Lepas ni tolonglah jangan buat apa-apa lagi dah untuk saya. Awak tunang orang Isa. Sepatutnya bukan saya yang jadi keutamaan awak. Tetapkan hati awak tu, tepuk dada tanya hati, siapa sebenarnya yang bertakhta dalam tu. Jangan terus macam ni. Kalau tunang awak tahu, mesti dia terluka."

"Tapi Siti, saya masih nak kita berkawan macam dulu. Dulu pun kita berkawan juga tapi awak x layan saya teruk macam sekarang ni. Saya masih perlukan awak dan nak awak terus jadi kawan saya."

"Ya Allah, Isa. Saya penat tahu. Dulu dengan sekarang x sama. Sekarang awak tunang orang. Tolonglah Isa, saya penat. Penat nak jelaskan pada awak siapa kita dulu dan sekarang ni. Saya nak masuk dulu."

Aku terus buka pintu kereta tapi tangan aku ditarik Isa dari dalam kereta.

"Isa, tolong faham. Saya penat dan awak patut balik atau reply whatsapp tunang awak. Dari tadi notification x berhenti bunyi."

Dengan terpaksa dia melepaskan tangan aku.
Memang jelas noti dari tunang dia kelihatan sebab fonnya di letak pada dashboard bahagian bawah radio. Sekejap-sekejap memang aku akan menjeling ke handphone dia tiap kali noti whatsapp berbunyi. jelas terpampang "Tunang <3". Sakitnya hati tak terkata tapi sedar diri aku ni siapa pada dia sekarang. Aku hanya mampu diamkan diri sahaja.

Aku terus masuk ke rumah sewa tanpa menoleh kebelakang. Aku dah nekad, kami perlu putuskan persahabatan ini sebab hubungan kami walaupun tiada apa-apa ikatan hakikatnya kami amat mesra ibarat sepasang kekasih. Mana mungkin aku mampu teruskan persabahatan yang seperti ini sedangkan dia dah jadi tunang orang. Tak tergamak lagi untuk jadi perampas walau pada hakikatnya aku yang terlebih dahulu mengenali dia. 

Perasaan lega jelas terasa apabila dapat berbaring atas katil setelah seharian berada di luar. Termenung aku seketika mengenangkan sikap Isa. Sudah 4 bulan dia bertunang. Dan kami juga telah sepakat sebenarnya untuk terus berkawan. Silap aku sebenarnya sebab setuju untuk meneruskan persahabatan ni. Kerana terlalu mengikutkan hati yang konon perlukan masa untuk terima yang Isa takkan jadi milik aku. Tapi akhirnya semuanya hanya memakan diri bila Isa dilihat semakin sukar melepaskan aku. Masih mahu kami berkawan macam dulu. Itu adalah mustahil sekali, hakikat hubungan kami sebelum ini bahkan lebih mesra dari sekadar kawan. Dalam sedang melayan perasaan akhirnya aku tertidur sendiri, dengan lampu bilik yang masih terbuka.




No comments: