Tuhan,
Dalam jiwa yang lemah mencari kekuatan
Aku tersandar dalam keluhan
Cuba mencari jalan keluar
Apa mungkin semua ini bisa terhenti
Apakah mungkin ini menjadi takdir hidupku
Dalam mencari sinar
Jiwaku meronta membentak dengan segala ujian
Fikiran yang dangkal tak pernah bisa melihat dengan iman
Manakah hilang nikmat yg menjadi milikku
Apa aku tak punya hak untuk merasa apapun sedetik bahagia
Persoalan yg menjadi aku semakin bodoh
Bodoh dan makin jauh dengan tuhanku
Kerana menyoalkan takdirnya itu
Bukan tugasku
Hati kecil yang tidak pernah henti bersuara
Mencuba mencari sekecil apapun nikmat bahagia
Mencuba melihat dan mengalami dengan keredhoan
Mencuba mencari tuhan
Dalam dangkal akal fikiran
Yang sering terselingkuh sesat mencari jalan

No comments:
Post a Comment